Ya Allah
kehadirannya memberi satu rahmat
yang tiada tandingannya
segala ajarannya amat berharga
satu bekalan bagi diriku
untuk akhirat juga dunia
Ya Allah
kini dia telah tiada
pergi menghilang entah ke mana
tiada lagi nasihat serta ajaran
yang selalu mengisi masaku
untuk berdakwah di jalan-Mu
Ya Allah
aku pasrah dengan ketentuan-Mu
aku telah kehilangan seseorang
yang sangat berjasa terhadapku
betapa sedihnya hati ini
hanya engkau sahaja yang tahu
Ya Allah
aku hanya mampu berdoa
bukakanlah hatinya agar kembali
biarpun hanya seketika muncul
aku ingin mengotakan janji2ku
agar tidak dituntut di akhirat nanti
Ya Allah
segala kesyukuran aku ucapkan
kerana dikurniakan seorang manusia
akan ku manfaatkan segala ajarannya
andai dia membaca ruangan ini
kembalilah wahai sumber inspirasi
hanya itu yang aku pinta
~qis~
No comments:
Post a Comment