Stars Is Always Shining

Stars Is Always Shining

Sunday, December 4, 2011

~ ANTARA BIDADARI DAN PENGHUNI SYURGA ~

Wahai kakakku, Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu… Asyik berteman tangis dan sendu sahaja… Duhai adikku, Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya.. Tetapi disitulah wahai adikku, Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki… Menjadi izzah yang paling gah Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki, Kerana sendu rayunya Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun, Duhai adikku, Lembut wanita itu bukan lemah, Tapi senjata, Namun wahai kakakku… Wanita itu fitnah dunia, Pernah adikku dengar Pesan Ilahi pada hambaNya, ‘wahai lelaki-lelaki yang beriman, Tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu, Cuba adik nilai, Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya? pada hamba yang bergelar Ar-Rijal… Kerana andai si lelaki menjaga pand...angannya, Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya, Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita, Agar memelihara auratnya, Kerana disitulah kehormatannya, Bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-Rijal dan An-Nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh… Tapi kakakku… Kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka berasa malu? Wahai adikku sayang… Al-haya’ adalah sifat malu, Ada dalam diri setiap insan, Wujudnya seiring dengan nafas insani, Dan al-haya’ itulah pakaian iman, Pada diri wanita itu indah al-haya’ sebagai pembenteng diri, Namun, bila mana al-haya’ itu lebur, Imannya runtuh… Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid… Merasakan diri belum cukup menarik, Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi, Namun adikku, Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu, Wahai adikku, 1001 keindahan penciptaan wanita, Pandai-pandailah dikau menilai, Antara permata dan debu-debu kilauan pasir, Wahai adikku, Janganlah dikau gusar, Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu, Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu, Menggugurkan diri menyembah tanah, Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan tinggi martabatnya. ~puisi disunting untuk santapan rohani yang dahaga juga membasahkan hati yang hampir mati~
p/s : untuk tatapan bersama…dengarkanlah!

No comments:

Post a Comment